Saturday, 7 September 2013

Perbezaan English Budgie dengan Normal Budgie.

Terdapat dua jenis budgerigars.Amerika Budgerigar umumnya dipanggil Budgie C. English Budgerigar umumnya dipanggil Budgie A. Mereka tergolong dalam keluarga nuri yang jenis ekor panjang, spesies (Melopsittacus undulatus).







English Budgie mempunyai bulu-bulu tebal penuh di sekitar muka dan lebih besar saiznya daripada Amerika Budgie dan sering digunakan dalam persembahan dan pameran. Kebanyakan kedai-kedai haiwan di Malaysia menjual budgie jenis Amerika sahaja sebab harganya lebih jauh murah daripada English Budgie.





Budgies berasal dari Australia. Warna asli di hutan hanya berbadan hijau dengan muka kuning serta berjalur hitam pada sayap, belakang badan dan kepala mereka. Pembiakan kacukan tertentu telah menghasilkan pelbagai warna dan corak dalam budgies, seperti biru, kuning, putih, ungu, kelabu dan lain-lain lagi.





Budgies telah diimport ke England sekitar awal 1900-an, dan mungkin lebih awal dari sebelum itu. Penternak England mula pembiakan budgies dengan pilihan ciri-ciri tertentu, seperti kepala dan bandan yang lebih besar serta puncak kepala yang penuh. Puncak kepala yang lebih besar boleh dihasilkan dengan jangka masa pembiakan yang agak lama, Amerika Budgie juga mempunyai puncak kepala, tetapi tidak ke tahap English Budgie. Kewujudan budgies baka besar ini terhasil ciptaan penternak England pertama kalinya dalam sejarah, maka terlekatlah namanya English Budgerigar.  





Lapisan dan tompokan corak di bahagian lehernya juga lebih besar daripada Amerika Budgie. Purata berat badan bagi seekor English Budgie adalah diantara 40-50 gram atau lebih, dan ukuran panjang dari kepala hingga ke ekornya adalah diantara 7"-9" atau lebih.









Comel bukan??!!! hehehehe...